Friday 25 February 2011

Teknik Urutan Badan Tradisional

TEKANAN sering kali dialami kebanyakan lelaki. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.

Saban hari mereka berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman.

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut.

Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu.Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.

Perkara seumpama itu bukan sesuatu mustahil kerana urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan.

Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.

Wanita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit.

Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia. 

Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri. Jika sebelah kiri banyak bergerak, maka bahagian kiri yang banyak mengalami ketegangan.

Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan ringan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.

Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak aromaterapi disaran digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar. 


FAKTA: Faedah urutan

-Menyingkirkan lebihan toksin badan.
-Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
-Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
-Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.
-Melancarkan sistem pencernaan.
-Membentuk badan.
-Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani.
-Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental



INFO: Tip pemakanan meredakan tekanan:


Kekacang - Kekacang seperti kacang merah, putih dan hijau mempunyai sumber protein yang tinggi apabila diambil bersama bijirin. Selain protein, kekacang juga kaya dengan thiamin (B1). Kekurangan thiamin dikatakan sering mempamerkan nilai-nilai moral yang rendah, kekeliruan fikiran dan sering meradang.

Beras coklat dan bawang putih - Kedua-dua bahan ini mempunyai vitamin B6 yang diperlukan otak untuk membina protein dan membentuk kolagen. Beras coklat pula mempunyai sumber vitamin B.

Bayam - Kaya dengan klorofil yang membuang toksin daripada tubuh dan mengurangkan radang. Sayuran hijau kaya dengan magnesium yang berupaya menentang ‘anxiety peptide’ yang juga rangkaian asid amino di otak boleh menyebabkan rasa kebimbangan dan kerisauan.

Dadih - Sumber kalsium merendahkan kadar ritma jantung dan tekanan darah tinggi dengan mengawal saraf periferal dan otot yang mudah terangsang.

Asparagus - Kaya dengan folate untuk membantu daya ingatan dan sesuai untuk otak yang sentiasa berfikir sibuk.

Produk kacang soya - Kebanyakan produk ini kaya dengan `tryptophan' iaitu sejenis bahan utama dalam pembentukan melatonin iaitu hormon yang dihasilkan oleh otak membantu mengurangkan tekanan, menenangkan saraf bagi tidur nyenyak.

Betik - Kaya dengan vitamin C, yang membantu tubuh mengimbangkan asid amino, menukarkan asid folik kepada bentuk lebih aktif dan berfungsi membaiki tisu-tisu badan.

Aprikot kering - Kaya dengan sumber potasium dan vitamin A. Tahap vitamin A yang rendah di dalam tubuh dikatakan boleh mendorong kepada kesunggulan. Bahan mineral dikenali sebagai `magnese' pada aprikot merangsang pertumbuhan hormon-hormon seks yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan mental.

Pisang - Mengandungi melatonin yang kaya dengan potasium berupaya meredakan tekanan.

Ubi kentang - Kaya dengan potasium dan vitamin B. Tahap kandungan vitamin B rendah ada hubung kait dengan kegelisahan, tekanan, kebimbangan, meradang dan perasaan yang berubah-ubah.

Bijirin oat - Kaya dengan vitamin B yang penting kepada saraf. Terbukti dapat membantu tekanan dan kemurungan.

Urutan Kaki Nyahkan Toksin Dalam Tubuh




Refleksologi diperakui berkesan pulihkan sistem badan selain meredakan kelenguhan
 
SEJAK kebelakangan ini, pusat refleksologi dengan khidmat urutan kaki dan pelbagai terapi urutan bercambah menjadi industri diminati ramai terutama kalangan individu yang bekerja dalam suasana stres.

Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan.

Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.

Apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.
 
Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing.
 
Bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.
 
Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan.
 
Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik.

FAKTA: Kelebihan refleksologi
 
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Meningkatkan daya tahan individu
  • Mengurangkan risiko tulang reput
  • Menyeimbangkan kedudukan badan
  • Melancarkan pergerakan
  • Menguatkan otot kaki
  • Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
  • Menguatkan tulang dan pinggul
  • Mengurangkan risiko sakit sendi
  • Mengurangkan rasa letih
  • Mengelak risiko sembelit
  • Mengurangkan masalah usus
  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
  • Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?
 
Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.
 
Bagaimana toksin terjadi?
 
  • Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
  • Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
  • Merokok
  • Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
  • Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.


Untuk Rawatan Urutan Tradisional, sila hubungi saya, 017-7201526. 

Mengenal Dasar Refleksologi untuk Kesihatan Anda

Refleksologi adalah cara pengubatan dengan merangsang berbagai daerah refleks (atau zona atau mikrosistem) di kaki, tangan, dan telinga yang ada hubungannya dengan (atau mewakili) berbagai kelenjar, organ, dan bagian tubuh lainnya.
Terapi itu dipercaya dapat memperkuat fungsi sistem limfatik yang mengusir racun dan zat berbahaya lain dari tubuh, sekaligus mengembalikan keseimbangan kimiawi tubuh dan meningkatkan imunitas.
Refleksologi juga dapat memperbaiki keseimbangan potensi elektrikal dari berbagai bagian tubuh dengan memperbaiki kondisi zona yang berhubungan.
Pengobatan refleksologi diyakini bekerja seperti halnya akupuntur, akupresur, dan shiatsu dalam mengembalikan keselarasan aliran energi vital (ki atau chi) sepanjang meridian.
Tubuh manusia secara alami mempercepat proses penyembuhan ketika menerima gangguan pada keseimbangannya, dan refleksologi mempercepat pemulihan tersebut.
Banyak praktisi refleksologi berpendapat ada deposit kristal yang menumpuk dan menghambat jalan pada ujung-ujung saraf. Refleksologi membantu membuka hambatan tersebut sehingga transmisi impuls berjalan lancar kembali.
Manfaat Refleksologi
Laporan Simposium Refleksologi Cina di tahun 1996 menemukan bahwa refleksologi kaki 93,63% efektif merawat 63 penyakit. Setelah menganalisa 8.096 kasus, Dr. Wang Liang melaporkan bahwa refleksologi efektif dalam menyembuhkan 48,68% dari semua kasus yang ada dan efektif untuk merawat 44,95% kasus.
Studi lainnya di Inggris, melibatkan 15 wanita yang mendapatkan sesi setengah jam refleksologi selama delapan minggu. Hasil temuan mendapati adanya perbaikan fisik dan emosional yang nyata, peningkatan kepercayaan diri, untuk tetap termotivasi dan juga konsentrasi.

Thursday 24 February 2011

Urutan Tradisional

Saya Zali. Saya ada menyediakan perkhidmatan urutan tradisonal. Sila Hubungi saya, 017-7201526.
Semoga kesihatan bertambah baik.

Tuesday 22 February 2011

Urutan Kampung Tradisional

Saya ada menyediakan khidmat mengurut bagi yang memerlukan. Urutan hanya untuk LELAKI sahaja. 

Bayaran:
Urut Biasa/Sengal-Sengal Badan - RM30 (1/2jam)
Urut Satu Badan - RM50 (1jam)
Refleksologi Kaki - RM30 (1\2jam)


Masa:
Isnin-Sabtu - 8mlm hingga 12mlm
Ahad - 8pagi hingga 12mlm


Tempat:
Taman Indah Seksyen 1, Melaka.
(berdekatan dgn Manipal Medical Kolej dan Hospital Besar Melaka)
Salam sejahtera. Selamat Datang ke Blog saya. Saya ada menyediakan perkhidmatan Urutan Tradisional bagi sesiapa yang memerlukan. Bersama-samalah kita menjaga kesihatan kita.